Dihentam Di Twitter, Dr Amalina Bakri Balas Dengan Perlian Berbisa. Sampai Deactivate Akaun Orang Tu!

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebelum bercakap sama ada di alam nyata atau media sosial kita mestilah memikirkan hati dan perasaan orang yang ditujukan. Iyalah, kalau tidak nanti, tidak pasal-pasal termalu sendiri.

Bekas pelajar cemerlang, Amalina Che Bakri yang kini seorang pakar bedah pelatih di London ada cara tersendiri menangani netizen ‘berjari puaka’. Perlian diterimanya di Twitter ditala kembali tepat ke sasaran hingga buat pemerli deactivate akaunnya!

Dari tips jaga rambut, jauh melencong ke lain

Di laman sosial popular itu, Amalina hanya berkongsi tips bagaimana menjaga rambutnya setelah ditanya ramai pengikutnya. Tanpa disangka-sangka, seorang pengikutnya dengan nama Fadhil Zakri membuat teguran sinis kepada wanita itu.

Opss sorry tersalah pos

Amalina kemudiannya membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan dia telah membedah 2 orang dan menyelamatkan nyawa dan kaki pesakit berkenaan. Paling best, siap kenakan balik lelaki tersebut dengan menanyakan apa dilakukan lelaki itu pada hari berkenaan.

Kantoi komen pada bintang filem lucah

Bila bab-bab stalking, serahlah kepada netizen, hasilnya netizen sempat ‘menyiasat’ dan mendapati lelaki berkenaan ada meninggalkan komen pada seorang bintang filem porno. Cakap tak serupa bikin betul!

Dan hasilnya…

Sumber: Dr Amalina Bakri

Kredit : OhBulan / mediagempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *