Anaqi Boleh Ambil Alih Tempat Aku Kalau Aku Takda Nanti’ – Zahiril Adzim Sentuh Hati Netizen

Anak adalah amanah Allah untuk ibu bapa. Mereka seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Dalam erti kata lain, ibu bapa adalah refleksi kepada kelakuan dan tindak-tanduk anak ketika membesar.

Pelakon berkarakter Zahiril Adzim berkongsi kisah anak lelaki sulungnya yang pandai dan bertanggungjawab sudah boleh diharap menjaga ibunya. Ayat terakhir Zahiril dalam kapsyen Instagramnya itu buat netizen sebak dan nak menangis terus!

Haritu dia demam, sekarang mummy dia pula

Hari tu dia demam. Daddy Mummy tak boleh tengok dia demam sebab dia asyik tido je. Lemah. Tak macam Anaqi yang sentiasa ke utara selatan, tak best. Bila dah sihat, baru active balik. Now Mummy dia pulak demam.

Bila Daddy kena pergi kerja dan tinggalkan Mummy yang tengah demam dengan Anaqi, Daddy terpikir. Janganlah diaorang ni bercakar lagi sebab Mummy tengah tak larat, demam tu.

Dua beranak asyik bercakar tapi langsung tak boleh berpisah


Dua beranak ni memang asyik bercakar je tapi langsung takleh berpisah. Nak makan, nak minum cari Mummy. Nak mandi, nak buat homework, nak tido pun cari Mummy, semua benda pun cari Mummy. Kalau Mummy pergi hilang kejap je dah bising tanya mana Mummy.

Bila Daddy text Mummy dekat rumah tanya demam okay ke, Anaqi macam mana?

“Mummy relax je okay, nanti Mummy sakit”


Mummy jawab, Anaqi jaga i hari ni. Dia yang tolong sapukan Essential Oil picit kepala I yang tengah sakit ni. Siap cakap, “Mummy relax je okay, nanti Mummy sakit”. Dia memang tak suka tengok Daddy or Mummy dia sakit.

Aku terdiam kejap dekat set sambil terfikir, yes, Anaqi memang boleh ambik alih tempat aku anytime kalau ditakdirkan aku takda satu hari nanti. Infact, aku rasa dia akan jadi lebih better dari aku.
.
Thank you Allah. Segala puji bagiMu.

Netizen sedih baca kapsyen

Kebaikan anak menunjukkan didikan ibu bapa

Sumber: Zahiril AdzimShera Aiyob

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *