(10) Foto Terkini Harshaali Malhotra, Pelakon Cilik Bajrangi Bhaijaan Yang Cantik!

Pelakon cilik, Harshaali Malhotra mula dikenali dalam bidang lakonan apabila terpilih untuk membawa watak seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai bercakap iaitu Shahida atau Munni di dalam filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan.

Lakonannya yang bersahaja disamping bintang hebat Bollywood Salman Khan dan Kareena Kapoor memberi kesan yang sangat mendalam sehingga mampu membuat penonton berasa sedih dan juga tersenyum.

Harshaali dilahirkan pada 3 Jun 2008 di Mumbai, India dan selain menjadi pelakon, dia juga merupakan model kanak-kanak. Antara drama lakonannya ada Qubool Hai dan Laut Aao Trisha.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai si cantik ini:

1.Merupakan seorang yang pintar. 
2.Terpilih antara 5000 peserta ujibakat untuk filem Bajrangi Bhaijaan. 
3.Gemar bermain dengan anak patung.
4.Sangat manja dengan Kareena Kapoor. 
5.Bercita-cita menjadi seorang ‘superstar’.

Kini setelah dua tahun berlalu semenjak filem Bajrangi Bhaijaan ditayangkan, Harshaali semakin aktif dalam bidang lakonan dan kini sudah pun menginjak ke usia 9 tahun.

Sumber: IG Harshaali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *