Gadis 16 Tahun Diculik Lelaki Menyamar Anggota Polis Selepas Pulang Beli Peralatan Sekolah

Seorang gadis cantik berusia 16 tahun dipercayai telah diculik oleh seorang lelaki yang menyamar dengan memakai pakaian seragam polis yang datang ke rumahnya di Sungai Ruan, Raub, Pahang.

Dalam kejadian pada 11 pagi, 27 Disember lalu, gadis terbabit yang dikenali sebagai Nor Syamin Nabila Binti Mohd Shapawi, 16 tahun, pergi Ke Pekan, Sungai Ruan untuk membeli barangan keperluan sekolahnya.

kes culikNor Syamin Binti Mohd Shapawi, 16 tahun.

Selepas tiba di hadapan rumahnya, mangsa didatangi seorang lelaki Melayu yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi yang lengkap berpakaian seragam polis.

Lelaki terbabit memperkenalkan dirinya adalah seorang anggota polis dari Balai Polis Sungai Ruan dan Nor Syamin dikatakan telah membuat kesalahan kerana menaiki motosikal tanpa lesen.

Suspek juga dikatakan meminta mangsa mengambil motosikalnya di Pekan, Sungai Ruan dan meminta keizinan dari ibu mangsa untuk membawanya ke Balai Polis sebelum mangsa menaiki kereta lelaki terbabit.

gadis diculikNor Syamin membantu ibunya menjual kuih untuk menampung perbelanjaan.

Pada hari yang sama jam 3.30 petang, ibu mangsa telah menerima satu pesanan ringkas yang dihantar oleh anaknya itu dengan menyatakan bahawa dia dalam keadaan selamat dan sedang dibawa menuju ke Gua Musang, Kelantan.

Mangsa turut memberitahu bahawa semua barang kemas seperti rantai dan gelang tangan turut dirampas oleh suspek yang menculiknya itu. Walau bagaimanapun, nombor telefon milik mangsa tidak dapat dihubungi lagi selepas itu kerana berkemungkinan suspek telah mendapat tahu mangsa mempunyai telefon.

diculikLaporan yang dibuat oleh ibu mangsa.

Ekoran kejadian tersebut, ibu mangsa membuat laporan polis dan melalui siasatan awal, nombor telefon yang digunakan mangsa telah dimatikan dan tidak dapat dipastikan di mana mangsa berada. Pihak polis kini sedang giat melakukan siasatan untuk mengesan penjenayah berkenaan.

Menurut kata Roses Kiera yang bersedih di atas kejadian yang berlaku terhadap sepupunya itu, Nor Syamin adalah seorang anak yang baik dan sering menolong ibunya dengan menjual kuih untuk menampung perbelanjaan hariannya selain dia juga adalah anak sulung yang sering membantu ibunya yang kini sedang berpantang.

Nor SyaminMangsa gagal dihubungi selepas telefon bimbitnya dipercayai dimatikan atau dibuang.

Roses turut menyeru orang ramai yang terjumpa atau mengenali mangsa dengan segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis di mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi kedua ibu dan bapa Nor Syamin di talian berikut 0145014160, ibu dan 01125452950 ayah.

Menurut Roses Kiera lagi, beliau sangat mengharapkan Nor Syamin dapat ditemui semula dalam keadaan selamat dan seluruh ahli keluarganya amat merinduinya.

Netizen diminta hentikan membuat penyebaran maklumat palsu yang menyatakan Nor Syamin mengikut suspek ke rumah suspek seperti yang disebarkan di aplikasi Whatsapp sejak semalam. Cerita sebenarnya suspek yang datang ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai seorang anggota polis sebelum diculik dan tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Maklumat palsuNetizen diminta hentikan maklumat yang salah.

Semoga adik Nor Syamin selamat dan dilindungi. Sama-samalah kita semua berdoa agar semua urusannya dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *