Gempar!! Gambar Thomas Grant Gustin Pulang Ke Sabah Untuk Perkahwinan, Siapa Wanita Kadazan Ini Berjaya Menawan Hati Superhero ‘The Flash’? (7 Gambar)

Siapa yang mengikuti watak superhero the Flash pasti mengenali siapa Thomas Grant Gustin. Siapa sangka gadis berdarah Sabah, Andrea Thoma mampu memikat hati hero berkenaan?

Difahamkan Gustin dan isterinya, Andrea Thoma berada di Sabah sejak 17 Disember yang lalu sebelum berangkat ke AS semalam.

Thoma pulang ke negeri asal ibunya bagi menyertai upacara perkahwinan tradisional masyarakat Kadazan di Kampung Kolopis Penampang yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan tersebut.

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, AS, Thoma tahu serba sedikit tentang budaya dan adat resam Kadazan, bahkan boleh berbahasa Melayu dan Kadazan walaupun tidak fasih.

”Ibu saya kadang-kala akan bertutur dalam bahasa Kadazan dengan kami supaya kami tidak melupakan asal usul keluarga walaupun menjadi sebahagian daripada warga Amerika,” katanya.

Bahkan Thoma juga memberitahu bahawa mereka kerap pulang ke Sabah bagi memastikan mereka tidak terputus hubungan dengan warisan Borneo.

 

Malah kedua mempelai itu berhasrat untuk membeli tanah di Malaysia di masa kan datang.

Sumber Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *