Masihkah Anda Ingat Dengan program kuiz kanak-kanak, ‘Di Mana Joe Jambul’ ? Pengacara Kuiz Ini Norzizi Zulkifli Telah Berjaya Menggenggam PHD Dan Bergelar Doktor!

Sekitar tahun 1990an, nama Norzizi Zulkifli cukup dekat dalam kalangan peminat cilik. Telatah aktif dan spontan yang dimiliki anak sulung kepada pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ketika mengacarakan sebuah program kuiz kanak-kanak, ‘Di Mana Joe Jambul’ meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Bahkan sehingga ke hari ini masih ramai yang mengenalinya sebagai kakak Joe Jambul .

Pernah membintangi filem Syukur 21, Cicakman dan menbintangi pementasan teater Throne of Thorns, siswazah Sarjana Muda Seni Persembahan Dengan Kepujian (Seni Layar) dari Universiti Teknologi Mara, UiTM ini nyata tidak pernah puas dengan kejayaan yang telah ditempa. Selain turut bertindak sebagai pensyarah, isteri kepada Bayu Utomo Radjikin ini juga mencipta satu lagi kejayaan bukan hanya pada dirinya bahkan industri seni tanah air.

Selain daripada usaha, kejayaan seseorang itu datangnya dari doa kedua ibu bapa kita. Mereka lah yang akan sentiasa menyokong disaat susah senang dari kecil sehingga lah ke alam pekerjaan. Terbaru, Norzizi Zulkifli iaitu anak kepada pelakon veteran Zulkifli Zain telah berjaya mendapat PhD.

Wow!!! Tahniah

Disebalik kejayaannya, Norzizi akui banyak cabaran dilalui sepanjang pembelajarannya di salah satu Universiti di Australia. Lihat lah, ekspresi dari bapanya ini.. Sebak pula tengok. Apa-apa pun tahniah Norzizi!

Saya sentiasa punyai doa dari beliau..’

Ooo hati remuk melihat ekspressi ini…. Dua bulan sblm submit June 2016, saya dah pulang ke tanah air, dah kena lapor diri kembali bertugas dan papa ketika itu baru tiga bulan kena stroke. Siang saya bekerja, malam dalam pukul 11 atau 12 malam saya akan mula menyiapkan thesis sampai ke pagi dan papa di tingkat bawah akan memanggil anak2 untuk melihat keperluannya dan sesekali kalau dia rasa saya tertidur di atas, dia akan memanggil2 saya untuk pastikan saya tak tertidur. Kadang penat juga, saya menaip and kejap2 papa panggil, and saya turun and saya naik lagi menyambung penulisan dan kadang turun lagi. Begitulah rutin antara 12 tengah malam ke 5/6 pagi. Tapi begitulah… saya sentiasa punya doa dari beliau…  dia tak putus doa buat saya!  doa itu hampir putus bila January 2016 papa diserang sakit jantung dan di ICU terus kritikal, saya masa tu masih di Australia dan saya terbang pulang malam itu jugak tatkala 2 bulan lagi saya nak submit and pulang ke Malaysia. Tapi Allah makbulkan doa kami… aku tetap punya doa itu ke saat akhirnya perjalanan PhD ku…  Alhamdulillah…. saya tahu, dia amat menantikan moment ini!

Sentuh hati netizen

Norzizi bersama suaminya, Bayu

“Proses PhD saya beliau (suami) tidak pernah menghalang kalau saya berjam-jam di universiti, balik lewat malam menyiapkan thesis. Tidak pernah menyuruh saya pulang awal, tidak pernah bising apa jua. Sangat sangat memahami. Masa saya buat PhD saya ada 3 anak kecil iaitu 5, 3 dan 2 tahun. Bayu menjaga anak-anak kecil kami, menguruskan rumah sepenuhnya meninggalkan bisnes dan kerjayanya di Malaysia untuk bersama saya serta memudahkan segala proses pengajian saya.

Masa di tahun dua, saya nampak puncak gunung PhD itu dan naik macam dah tak mampu ketinggiannya. Terlalu tinggi pula puncak itu. Sayup … saya pandang ke bawah, nak turun jauh dah sangat pula. Saya cubalah panjat gunung itu. Injured.Panjatlah dengan kaki, lutut, sikut, berpeluk pada hujung-hujung batu di gunung itu. Sesekali saya berhenti, menangis, saya tolak lagi badan saya naik ke atas dan bila saya sampai ke puncak, saya dengan keadaan baju buruk, compang–camping, ada luka sedikit di badan, tapi saya sampai.”

Menerima tajaan pengajian dari UiTM, ibu kepada tiga orang anak ini sebenarnya cukup cemerlang dalam bidang seni yang diceburi. Sejak kecil, pelbagai pengiktirafan dimilikinya termasuk Anugerah Siswazah Terbaik Program, Anugerah Siswazah Terbaik Fakulti dan Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM pada tahun 2003.

Sumber: Instagram Norzizi Zulkifli / Nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *