INILAH LATAR BELAKANG FARID KAMIL YANG ANDA TIDAK TAHU!

Sebut sahaja nama Farid Kamil pasti semua mengenali. Jejaka malaya lah katakan, mempunyai rupa paras yang kacak dan pastinya digilai ramai.

Kalau sebelum ini, korang hanya mengenali Farid Kamil menerusi filem je kan? So kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai Farid Kamil ni.

Untuk pengetahuan korang, sebelum Farid Kamil menjadi seorang pelakon, dia adalah pelajar yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Screen Art) pada 8 tahun yang lalu. WOW! Bukan calang-calang orang tau Farid Kamil ni!

Sebelum ini Farid juga pernah bekerja dalam bidang perfileman dan menguruskan pengurusan di belakang tabir. Bukan senang nak jadi senang. Semua orang akan bermula dari titik bawah. Dengan usaha gigih Farid sekarang, setiap kejayaan Farid adalah hasil dari titik peluhnya sendiri, RESPECT!

Hasil dari perkahwinannya dengan insan tercinta Diana Danielle, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad dan Nur Aurora.

Terserlah kegembiraan mereka “spent time together”. Kehidupan mereka bagaikan sudah lengkap apabila munculnya Muhammad dan Nur Aurora yang menambahkan lagi ikatan kekeluargaan antara mereka sekeluarga. Semoga ujian yang menimpa keluarga ini dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. Berat mata memandang berat lagi beban yang dipikul oleh ahli keluarga, semoga tabah dan kuat semangat!

 

Via ejurnal.win

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *