Masih Kekal Cantik Diusia 40 &50an,Artis no9 anda pasti tak sangka berumur 51thn

Semakin berusia pasti akan kelihatan tanda-tanda kedutan dan kulit pun jadi tak cantik. Tapi sekarang ni dah ada banyak petua dan cara mudah untuk kulit cantik.

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam-macam selebriti wanita Malaysia ini masih kekal cantik dan nampak muda walaupun usia sudah menginjak 40an.

Jom tengok 10 selebriti yang masih nampak macam anak dara dan seperti tidak dimamah usia.

1. Nasha Aziz (46 tahun)

2. Maria Farida (46 tahun)

3. Normala Samsudin (54 tahun)

4. Sheila Majid (53 tahun)

SELAMA mendamba diri sebagai anak seni hampir 23 tahun, terlalu banyak yang sudah dikecapi oleh wanita ini. Bagaimanapun, auranya tidak pernah pudar sedikit pun walau umurnya kini sudah mencecah 53 tahun.Kredibilitinya sebagai penghibur sememangnya tidak dapat dinafikan lantas menjadikan dirinya sebagai salah seorang penghibur terbaik yang pernah dilahirkan di negara ini.

Bukan itu sahaja, kebijaksanaan insan seni bersama Sheila Majid sememangnya cukup terserlah. Berbuallah apa sahaja dengannya, pasti anda akan cukup terpesona dengan setiap butir kata yang keluar dari mulutnya.

Menerusi pembacaannya di majalah dan Internet tentang kosmetik dan kecantikan telah mendorong pemilik vokal lagu Sinaran ini ingin melakukan sesuatu dalam mendidik wanita Malaysia tentang definisi sebenar kecantikan dan kosmetik.

Ini kerana beliau berpendapat, tidak ramai yang tahu tentang isi kandungan yang terdapat dalam bahan kecantikan mahupun kosmetik. Apa yang mereka tahu adalah untuk kelihatan cantik sentiasa tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap kulit mereka.

“Seandainya mereka tahu apa yang terkandung dalam produk yang mereka gunakan itu, saya pasti mereka akan takut untuk menggunakannya.

“Disebabkan itu juga, maka lahirlah Jerneh iaitu rangkaian produk kecantikan yang lahir dari idea saya sendiri dengan kerjasama dua orang sahabat saya selama 10 tahun,” kata Sheila sewaktu ditemui pada majlis pra pelancaran produk Jerneh baru-baru ini.

Tujuannya hanya satu untuk memberikan yang terbaik dalam produk keluarannya seiring dengan falsafah hidupnya yang mementingkan keselamatan, mudah, efektif dan yang terutama sekali, halal.

Penyelidikannya selama 10 tahun banyak membuka mata ibu kepada empat orang anak ini tentang kandungan yang terkandung dalam bahan kosmetik dan kecantikan yang terdapat dalam pasaran hari ini.

Bukan itu sahaja, menyedari kecantikan yang diberi oleh Allah perlu dijaga sebaiknya, Sheila dengan penuh optimis menjangkakan Jerneh mampu menarik perhatian wanita.

Baginya kecantikan itu lahir dari hati yang seterusnya akan dizahirkan pada wajah. Dalam pada itu, kecantikan luaran juga perlu bagi kita kerana Allah telah mengamanahkan kepada hambaNya untuk menjaga sebaik-baiknya.

“Dalam bab kecantikan ini, kita perlu realistik dan tidak mudah terpengaruh dengan apa yang sering dipaparkan di media mahupun medium yang lain.

“Kalau umur kita sudah mencecah 50 tahun, maka kita perlu terima seadanya. Bukan dengan merubah wajah kita dengan suntikan botox mahupun apa sahaja benda asing untuk dimasukkan ke dalam wajah kita untuk menjadi 20 tahun lebih muda dari umur kita yang sebenar,” ujarnya panjang lebar.

Sememangnya kecantikan tidak dapat dipisahkan dengan insan yang bernama seni kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang ditampilkan serta digunakan oleh artis.

5. Amy Mastura (46 tahun)

6. Ida Nerina (53 tahun)

7. Fauziah Latiff (47 tahun)

8. Raja Ema (49 tahun)

BERGELAR seorang ibu, pelakon dan penyanyi dalam satu masa bukanlah perkara mudah, sebaliknya memerlukan kesihatan dan tenaga yang mencukupi untuk memastikan tanggungjawab dipikul dapat dilaksanakan dengan baik.

Perkara yang sama turut dirasai oleh selebriti popular era 80-an, Raja Ema yang kini kembali mewarnai industri hiburan tanah air.

Baginya, kesihatan tubuh badan amat penting buat seseorang wanita untuk tampil lebih cantik dan bertenaga.

Walaupun tidak memiliki masa luang yang banyak, ibu kepada dua orang anak lelaki, Putera Amar, 19, dan Putera Alqasha, 17, ini sentiasa mencuri masa untuk melakukan aktiviti bersenam bagi memastikan kesihatannya berada dalam keadaan yang baik.

Istimewa kali ini, Raja Ema tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya bersama peminat. Jom kita ikuti wawancara ini…

Antara kecantikan dan kesihatan, mana yang lebih anda utamakan?

Saya pilih kesihatan dan sentiasa mementingkannya. Bagi saya, kecantikan seseorang bermula daripada penjagaan kesihatan. Kalau cantik tapi tidak sihat pun tidak ada gunanya.

Sibuk dengan aktiviti kerjaya, bagaimana anda kelihatan sentiasa bertenaga?

Untuk sentiasa kelihatan bertenaga, sudah tentu saya amalkan senaman. Bukan sahaja menyanyi, berlakon juga memerlukan tenaga yang mencukupi, tambahan pula waktu penggambaran tidak menentu.

Bagaimana cara anda bersenam?

Kalau ikutkan memang saya tidak ada masa untuk bersenam tapi demi kesihatan, saya curi masa dan lakukannya di rumah dengan pergerakan senamrobik menerusi video kerana itulah cara paling murah dan mudah. Paling kurang saya buat tiga kali seminggu.

Selain bersenam, adakah anda mengamalkan diet?

Maklumlah, bila usia sudah meningkat, berat dan bentuk badan yang ideal memang sukar untuk dikekalkan. Jadi mamang saya amalkan diet tapi tidaklah terlalu ketat. Tapi saya cuba elakkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan yang paling penting, setiap hari saya akan minum tiga liter air kosong.

Seperti yang diketahui umum, anda pernah menjalani rawatan kosmetik…

Dalam usia saya yang semakin meningkat ini, penampilan perlu dijaga, bila memasuki peringkat umur macam saya ini, kulit-kulit memang tidak tegang macam zaman muda dahulu. Atas sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menjalani rawatan thread lift bagi mengekalkan kecantikan dan awet muda. Rawatan ini, tidak melakukan sebarang pembedahan cuma ianya adalah prosedur yang normal dan tiada sebarang penggunaan botoks dan sebagainya.

Apakah tip penjagaan kulit yang diamalkan?

Sama seperti wanita lain, penjagaan kulit saya menggunakan beberapa produk yang bersesuaian dengan kulit bagi memastikan ianya dilindungi dengan baik. Sebab kalau masa penggambaran, kadang-kadang saya terdedah kepada cuaca dan pemakaian solekan juga akan memberi kesan.

Adakah anda amalkan pengambilan suplemen?

Ya, saya memang ada ambil beberapa suplemen. Saya akui pengambilan suplemen ini mampu membantu mempercepatkan proses penjagaan kulit, berat badan dan juga memberi lebih tenaga.

Berapa kerap anda mendapatkan rawatan di pusat kecantikan?

Sebenarnya, saya memang jarang pergi ke pusat kecantikan kerana lebih selesa dengan penjagaan yang tersendiri.

Perkembangan terkini?

Sekarang saya sibuk dengan karier lakonan dan sedang menjalani penggambaran dua telemovie untuk siaran RTM iaitu Maya dan Kata Hati. Untuk nyanyian pula, saya juga ada menerima undangan nyanyian untuk majlis-majlis keramaian.

Bagaimana anda membahagikan masa antara kerjaya dan seorang ibu?

Saya memang akui setiap hari sibuk dengan kerjaya lakonan dan juga nyanyian. Tapi itu bukan alasan untuk saya abaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada dua putera kesayangan saya. Walau sibuk bagaimanapun dalam seminggu, sehari saya akan luangkan masa bersama untuk lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan pada masa yang sama berinteraksi untuk mengetahui perkembangan mereka.

9. Deanna Yusoff (51 tahun)

sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *