‘SAYA SAYANG AWAK DIANA’ -Luahan Farid Kamil Melihat Kedatangan Isteri di Mahkamah

PELAKON dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam tiba di Kompleks Mahkamah Petaling. – Foto Eizairi Shamsudin

ADIK pelakon Farid Kamil, Fadzil Kamil dan Dr. Anis Anwar Kamil serta isteri, Diana Danielle tiba di Kompleks Mahkamah Petaling. – Foto Eizairi Shamsudin

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari tidak mampu menyembunyikan rasa gembira melihat kehadiran isterinya, Datin Diana Danielle di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau memang mengharapkan Diana datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi yang getir ini.

“Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.

“Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana,” katanya ketika dibawa masuk ke bilik reman di sini.

Sebelum ini, Farid direman empat hari atas dakwaan menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara dan menendang dua orang awam, Khamis lalu.

Semalam, reman Farid disambung lagi sehari dan kini beliau sedang keputusan sama ada reman disambung atau ikat jamin polis.Ini adalah kali pertama Diana Danielle hadir ke mahkamah selepas dua kali aktor terbabit ditahan. – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *