5 Apartment Paling Sempit Di Dunia

Baru-baru ini kecoh video Dato’ Aliff Syukri memaki hamun kontraktor yang melakukan kerja pembinaan rumahnya kerana dikatakan tidak puas hati. Berdasarkan video tersebut, kita boleh melihat rumah beliau dari jarak dekat.

Banglo Dato’ Aliff Syukri

 

Dikatakan harga rumah tersebut yang seperti sebuah istana mencecah RM20 juta. Dan walaupun kita hanya mampu tengok sahaja rumah beliau, kita patut bersyukur dengan tempat tinggal kita yang dimiliki sekarang.

 

iluminasi.com ingin berkongsi 5 apartment yang paling sempit di atas muka bumi.

 

5. Manhattan (75 kaki persegi)

Agak kecil bagi kawasan seluas 75 kaki persegi untuk dijadikan sebuah bilik, apatah lagi apartment. Apartment ini mempunyai dua fakta pelik. Pertama ia terletak di Manhattan, iaitu antara salah satu bandar paling mahal di dunia.

 

Kedua, ia merupakan antara apartment paling kecil di dunia. Namun, harganya tidaklah sekecil mana. Sewa setinggi RM3,250 sebulan dikenakan bagi apartment yang tidak disediakan kemudahan asas seperti air dan dapur. Malah, 3 apartment bersebelahan berkongsi bilik air yang terletak di luar.