Anak ini memilih untuk tinggal bersama ayahnya yang kaya selepas ibu bapanya bercerai dan sebabnya akan membuatkan air mata anda mengalir tanpa sedar..

Karim memutuskan untuk berpindah ke bandar besar demi mencari pekerjaan. Dia telah berjanji kepada isteri dan anaknya bahawa apabila dia mendapat pekerjaan bermakna dia akan dapat menyara dan mengubah kehidupan mereka sekeluarga. Maira terpaksa bersetuju dengan keputusan itu walaupun berasa berat hati untuk melepaskan suaminya pergi. Sejak suaminya meninggalkan dia dan anaknya, Amir, Maira berasa sangat sunyi dan terlalu rindukan suaminya itu malah setiap hari dia menunggu kepulangan suami tercinta.

Pada mulanya, Karim mengirimkan wang untuk Maira dan menghubunginya beberapa kali dalam sehari. Namun, tidak lama selepas itu, Karim tidak lagi mengirimkan wang dan menghubungi Maira seperti biasa. Karim seolah-olah telah melupakan isteri dan anaknya yang berada di kampung.

Maira mula bimbang dengan keadaan itu dan cuba untuk menghubungi suaminya namun usahanya gagal. Akhirnya, Maira terpaksa mencari kerja untuk menampung kehidupannya bersama anaknya. Dia menjual buah di pasar. Walaupun Maira sudah keluar seawal pagi untuk mencari rezeki dan pulang lewat malam, namun pendapatannya tidak seberapa.

Tanpa sebarang khabar berita daripada Karim sepanjang tiga tahun, tiba-tiba dia muncul di hadapan rumah mereka namun kali ini penampilannya sudah jauh berbeza. Karim datang dengan kereta mewah dan berpakaian segak. Maira hampir tidak mengenali lelaki itu adalah Karim, suaminya.

Gambar sekadar hiasan

 

Jiran-jiran menyangka Karim akan membawa Maira dan anak mereka, Amir berpindah ke bandar memandangkan Karim sekarang sudah kaya. Walau bagaimanapun, pada malam itu, Karim memberitahu Maira bahawa tujuan kepulangannya itu hanyalah untuk menceraikan Maira. Menurut Karim, dia sudah tidak mencintai isterinya itu lagi sejak mereka berpisah. Hakikatnya, Karim sudah mempunyai kekasih baharu yang muda dan cantik di bandar.

Kata-kata Karim membuatkan Maira merasakan seluruh hidupnya menjadi gelap serta-merta ketika itu. Dia tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh suaminya itu. “Benarkah sudah tidak ada cinta di antara kita? Jadi, untuk apa saya menunggu abang setiap hari jika bukan disebabkan cinta?” kata Maira sambil menangis teresak-esak.

 

“Abang tidak pernah minta awak tunggu abang pulang ke rumah. Walau apa pun, abang hendak menceraikan awak malam ini dan abang sudah tidak cintakan awak lagi,” kata Karim dengan kejamnya.

“Tetapi, bagaimana pula dengan anak kita, Amir? Saya tidak mahu melukakannya.”

“Itu terpulang kepada Amir sendiri sama ada hendak tinggal bersama awak atau ikut abang pulang ke bandar. Abang tidak kisah.”

Maira setuju dan yakin bahawa anaknya akan memilih untuk tinggal bersama dengannya. Lagipun, dia yang telah membesarkan Amir seorang diri tanpa kehadiran suami di sisi.

Pada hari penceraian, hakim bertanya kepada Amir dengan siapa dia mahu tinggal selepas ini. Amir menjawab, “Saya hendak tinggal dengan ayah. Saya hendak tinggal dengan ayah!”

Hakim terkejut dengan jawapan daripada Amir dan bertanya mengapa dia memilih untuk tinggal bersama ayahnya. Dengan wajah senyum, Amir menjawab, “Sebab ayah saya kaya. Jika saya tinggal bersama ayah, dia akan membelikan apa sahaja yang saya mahukan. Ibu saya sangat miskin, dia hanya mampu membeli buah untuk makan.”

Maira bertanya kepada anaknya kenapa dia tidak mahu tinggal bersamanya. Malah dia berjanji akan membelikan apa sahaja yang anaknya mahukan. Walau bagaimanapun, Amir hanya menggelengkan kepala dan berkata “Saya tidak sukakan ibu.”

Selepas mendengar kata-kata anaknya itu, Karim hanya tersenyum. Nampaknya Amir telah membuat keputusan yang tepat selepas dia memberikan makanan yang lazat dan mainan yang banyak dua hari sebelum perbicaraan. Karim telah datang ke rumah ketika ketiadaan Maira dengan membawakan makanan dan mainan dengan tujuan untuk memikat hati anak lelakinya itu. Dia mahu Amir mengikutinya ke bandar kerana dia mahukan anak tetapi kekasihnya belum bersedia untuk menjadi seorang ibu.

Sejak anaknya pergi meninggalkannya dan mengikuti bekas suaminya tinggal di bandar, Maira merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi malah dia pernah berfikir untuk membunuh diri. Namun, hatinya meyakinkannya bahawa Amir akan pulang kepadanya satu hari nanti apabila dia menyedari ibu tirinya tidak menyayanginya.

Maira meneruskan hidupnya sebagai penjual buah tetapi pendapatannya semakin merosot kesan di atas kehilangan itu. Maira pernah juga cuba mencari Amir di bandar namun apabila dia tiba di perhentian bas, dia berpatah balik ke rumah kerana dia tidak tahu di mana Amir tinggal dan tidak pasti adakah anaknya itu benar-benar tinggal di bandar tersebut.

Suatu hari, Maira menerima cek berjumlah RM4000 di dalam peti suratnya. Apa yang dia tahu ialah cek tersebut diberikan oleh orang yang menulis namanya sebagai ‘Saya sayang awak’ jadi dia tidak berani untuk mengambil wang tersebut. Sejak hari itu, Maira akan menemui cek dengan jumlah yang sama di dalam peti suratnya. Memandangkan dia terlalu miskin dan dia fikir pengirim tersebut mempunyai niat yang baik terhadapnya, akhirnya dia menggunakan wang tersebut.

Pada suatu hari, Maira menerima sepucuk surat.

“Apa khabar ibu? Saya tahu ibu sayangkan saya dan sudah tentu ibu sudah banyak menderita sejak saya meninggalkan ibu. Ibu, saya sangat sayangkan ibu dan terlalu rindukan ibu”

“Ibu harus tahu tujuan sebenar saya mengambil keputusan untuk mengikuti ayah tinggal di bandar. Saya hanya hendak membantu ibu. Ayah selalu memberikan wang kepada saya dan saya fikir saya boleh mengirimkan wang itu kepada ibu. Selepas itu, ibu tidak perlu lagi menjual buah di pasar.”

“Ibu, jaga diri baik-baik ya. Jangan risaukan saya. Pasti saya akan pulang ke rumah satu hari nanti. Ibu tetap ibu saya buat selamanya dan saya tidak akan meninggalkan ibu semula. Saya akan membawa ibu untuk tinggal bersama saya apabila saya besar kelak.”

Maira tidak dapat menahan air mata selepas membaca surat anaknya itu. Dia menangis semahu-mahunya kerana dia menyedari tindakan anaknya itu sungguh mulia dan terbaik untuk mereka. Sekurang-kurangnya dia tahu anaknya tidak berniat untuk meninggalkannya dan mereka akan hidup bahagia satu hari nanti.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: GoodTimes

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *