“Ibu Bapa Budak Tu Tak Benarkan Dia Makan Makanan Lain” – Murid Tahun 2 Menangis Hanya Makan Kurma Dan Kismis

Makanan kurma dan kismis tidak dinafikan itu adalah makanan sunnah. Tetapi jika ibu bapa hanya membekalkan anak mereka dengan kurma dan kismis sebagai bekal makanan memang tidak boleh diterima akal.

Tergamak sungguh sepasang suami isteri yang hanya memberi kurma dan kismis sehingga anak mereka itu terpaksa mengutip lebihan makanan yang ditinggalkan oleh kawan-kawannya kerana kelaparan.

Menerusi satu perkongsian dari Aida Puan Sri Squeq yang pada mulanya kanak-kanak itu dari keluarga susuh meleset apabila mengetahui ibu bapa kanak-kanak itu sebenarnya berkemampuan.

Sudah dua hari saya memerhatikan seorang murid Tahun 2 ini. Hari pertama di depan mata saya sendiri, saya nampak dia mengutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawannya yang ditinggalkan untuk dimakan.

Semalam dia menangis sambil makan bekalan dari ibunya. Tiga biji buah kurma dan beberapa biji kismis.

Saya perhatikan dia. Bila dia buka bekal, terpacul dari mulut dia, “Sikit jer..” dan dia terus menangis! Saya cuba menghampirinya, tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ segera menarik tangan saya.

“Biarkan Aida. Dia memang macam tu. Mak dia tak benarkan makan makanan lain selain dari bekalan yang dibawa dari rumah. Duit pun tak pernah bagi.

“Sebab itu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan makanan yang tinggal di dalam bekas makanan yang kawan-kawan dia beli. Kalau awak bagi, nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia,” kata ustazah itu.

Ada cikgu kata tak pernah nampak dia makan makanan lain selain dari kurma, kismis dan air masak sahaja. Dah pernah ‘slow talk’ tetapi cikgu pula yang diceramahnya.

Erm, kalau nak anak suci sangat, jangan sekolahkan anak di sekolah kebanyakan. Kasihan budak. Ibu bapa murid berkenaan bukan tidak mampu, tetapi lebih dari mampu.

– www.kakishare.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *