SELEBRITI GRADE A PUN PERNAH DICURANGI, 5 SELEBRITI DITIPU KEKASIH KAW-KAW!

Setiap perhubungan pasti ada suka dan duka lagi-lagi untuk pasangan bercinta. Ada hubungan yang tidak kekal hingga ke jenjang pelamin kerana dicurangi kekasih.

MH pasti mesti ramai di antara korang yang pernah merasai bagaimana perasaan dicurangi kekasih kan?

Kali ini MH nak kongsikan dengan korang semua enam selebriti Hollywood yang turut merasakan bagaimana peritnya apabila kekasih hati curang.
1. Jennifer Aniston

Pada tahun 2005 pelakon, Jennifer Aniston telah dilamar oleh pelakon lelaki kacak, Brad Pitt dan mereka telah mendirikan rumah tangga namun sayangnya jodoh mereka hanya bertahan selama lima tahun sahaja.

Ini kerana Jennifer mendapat tahu bahawa Brad Pitt mempunyai hubungan sulit bersama pelakon popular, Angelina Jolie. Hubungan antara Brad Pitt dan Angelina terjalin ketika di lokasi filem Mr & Mrs Smith.
2. Demi Moore

Pelakon, Demi Moore telah berkahwin pada tahun 2005 bersama seorang pelakon popular, Ashton Kutcher. Namun begitu rumah tangga yang dibina roboh setelah Demi mengetahui suaminya berlaku curang dengannya dan lebih memilih pelakon, Mila Kunis dari dirinya.
3. Robert Pattinson

Kalau korang mengikuti filem Twilight pasti korang kenal dengan hero dalam filem tersebut, Robert Pattinson.

Robert dan heroin filem ini, Kristen Stewart dikatakan hangat bercinta namun begitu cinta mereka tidak kesampaian apabila Kristen telah berlaku curang dengan pengarah filem tersohor, Rupert Sanders.
4. Justin Timberlake

Pasti ramai yang tahu suatu ketika dahulu penyanyi popular, Justin Timberlake pernah mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi cantik, Britney Spears.

Namun begitu kisah cinta mereka berakhir apabila Britney curang dengan salah seorang penarinya dan hal tersebut membuat Justin berasa amat sedih.

Kalau korang nak tahu, lagu Justin yang bertajuk ‘Cry Me A River’ merupakan lagu luahan sedihnya kerana dicurangi oleh Britney.
5. Jennifer Garner

Pasangan suami isteri yang merupakan pelakon, Jennifer Garner dan Ben Affleck telah memutuskan untuk berpisah pada tahun 2015.

Namun begitu mereka telah bersama kembali demi kebaikan anak-anak pada tahun 2016. Tetapi selepas kembali bersama, Jennifer mendapat tahu bahawa Ben telah berlaku curang dengan seorang penerbit TV terkenal, Lindsay Shookus.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MediaHiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *