Kecoh Satu Kampung Mayat Wanita 10 Hari Lahirkan Anak!!!

Semua orang sedia maklum bahawa sesuatu kelahiran hanya boleh berlaku kepada mereka yang masih hidup. Namun, lain pula yang terjadi di Afrika Selatan apabila seorang wanita yang sudah mati dilaporkan telah melahirkan anak!

Terbaru, menurut mStar, kecoh satu kampung di Mthayisi, Afrika Selatan apabila seorang wanita dijumpai melahirkan anaknya yang telah dikandung selama sembilan bulan walaupun sudah 10 hari meninggal dunia.

Menurut Daily Mail, pemilik lokasi pengebumian Lindokuhle memberitahu terkejut apabila menjumpai bayi tersebut di celah kelangkang ibunya yang telah meninggal dunia ketika sedang cuba mengalihkan mayat untuk dimasukkan ke dalam keranda.

“Kami sangat terkejut dan ketakutan sehinggakan tidak sempat untuk melihat jantina bayi.”

Bayi yang dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa itu telah dilahirkan oleh 
Nomveliso Nomasonto Mdoyi, 33, yang meninggal dunia kerana masalah pernafasan. Ibu Nomveliso yang menerima berita tersebut juga terkejut dan menganggap penemuan ini sebagai sesuatu yang dahsyat.

“Saya merayu kepada mereka yang berpelajaran, tolong terangkan kepada saya bagaimana orang yang dah mati boleh melahirkan anak.”

Mandzala Mdoyi, 76, ibu kepada Nomveliso yang berada dalam keadaan terkejut menolak cadangan mereka yang mendakwa hal yang terjadi adalah disebabkan perbuatan sihir.

Selain itu, doktor di sana menjelaskan bahawa hal ini boleh terjadi apabila terdapat pembentukan bakteria di dalam mayat menyebabkan terbentuknya gas yang menolak bayi tersebut keluar dari mayat Nomveliso.

Sehingga kini masih tidak jelas adakah bayi tersebut boleh diselamatkan sekiranya doktor yang merawat Nomveliso memberikan rawatan yang berbeza kepadanya sebelum kematiannya.

Difahamkan kedua-dua mayat telah diletakkan di dalam keranda besar yang sama serta sudah dibakar seperti yang dirancang selepas kematian ibu kepada lima orang anak itu.

Tak sangka perkara macam ni boleh jadi!

Sumber : sehinggit via gonebabygone.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *