[FOTO&VIDEO] Perkahwinan Paling ‘Mahal’ 2 Anak Jutawan Malaysia Dihiasi Ribuan Ros

Ura-ura pernikahan dua anak jutawan terkemuka Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan bermula semalam apabila Chryseis memuat naik gambar seolah-seolah memberi klu akan penyatuan mereka pada hari ini (Jumaat).

Berita itu disahkan apabila Nadia Nasimuddin dan Faisal Nasimuddin selain rakan taulan masing-masing memuat naik momen bersejarah adik mereka itu di Instagram.

 

Berlangsung meriah di resort di Bentong, Pahang

 

 

Menurut Mstar, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada pagi Jumaat. Majlis itu berlangsung secara tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1000 daripada pasangannya itu.

Menyarung cincin tanda ikatan abadi

Anggun dalam dress nikah serba putih

 

Video prewedding di taman lavender

 

Faliq adalah pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 semasa mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi, .

sumber: ohbulan

 

Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan

Menurut laporan portal berita tempatan Astro Awani, setakat ini belum lagi ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat sama ada oleh SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun, dan Chryseis Tan, 30 tahun.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang juga abang kepada SM Faliq namun telah memuat naik gambar mereka sah bergelar suami isteri menerusi laman instagramnya.

Gambar yang sama malahan turut dimuat naik isteri SM Nasarudin, Marion Caunter. Pasangan itu sebelum ini telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.

 

Melalui penghantaran status terkini di akaun Instagram milik Chryseis pula bahkan telah memberikan gambaran yang beliau dan pasangan bakal mendirikan rumah tangga menerusi muat turun gambar dan kapsyen.

Perkahwinan dua mempelai ini bukan sahaja akan menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara, malah akan membentuk sebuah konglomerat paling besar di Malaysia, khususnya dalam bentuk aset.

Ini mungkin berlaku sekiranya terdapat usaha penyatuan kepentingan korporat antara pihak Naza Group dan Berjaya Group termasuk penggabungan entiti perniagaan kedua-dua syarikat tempatan berkenaan.

Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *