[FOTO] Anak Abby Abadi & Norman Hakim Tarik Perhatian, Cantik Macam Bidadari!

Walaupun dulunya pernah mempunyai konflik rumahtangga, Norman Hakim dan Abby Abadi tetap menjalinkan hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak. Malah, Abby Abadi sendiri sudah menganggap Memey Suhaiza seperti adik sendiri.

Hasil perkongsian, Abby Abadi dan Norman dikurniakan 3 orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha. Mempunyai rupa paras yang cantik seperti Abby, Marissa Dania mendapat perhatian netizen. Dahlah comel, sopan santun pula tu!

Viral di twitter

Marissa Dania mula viral di laman sosial selepas seorang individu berkongsi beberapa keping gambarnya di twitter. Tweet tersebut mendapat 1.8k retweet dan 2.2k likes. Yang paling tak sangka Marissa rupa-rupanya baru berumur 13 tahun pada Julai nanti. Perwatakannya yang sopan dan lemah lembut itu membuatkan Marissa kelihatan lebih matang dari usia.

Mempunyai lebih 167k followers di instagram

Ciri-ciri menantu pilihan!

Menerusi laporan portal Vanilla Kismis, Marissa Dania 12 tahun lalu pernah menjadi perhatian media kerana dilahirkan dalam kereta dan dibidankan oleh Norman Hakim sendiri. Dalam kejadian 3 Julai 2005, Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin. Norman terpaksa memberhentikan kereta tak jauh dari rumah untuk menyambut kelahiran Marissa Dania yang comel ini.

Sumber : Instagram Abby Abadi, Instagram Marissa Dania

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *