5 Penyanyi Wanita Ini Miliki Pendapatan Tertinggi Di Dunia

Tirai 2017 sudah pun melabuhkan tirainya, namun masih ramai lagi yang memperkatakannya apatah lagi segala kenangan dan pencapaian yang dimiliki. Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, beliau telah menamakan 5 penyanyi antarabangsa ini antara yang mempunyai pendapatan tertinggi sepanjang 2017.

1. Madonna

Nama Madonna sememangnya antara penyanyi veteran yang begitu diminati ramai. Tidak hairanlah beliau antara penyanyi wanita terkaya sepanjang 2017!

Konsertnya sebelum ini, RebeL Heart Tour telah mengaut keuntungan sehingga $170 million. Dikenali sebagai seorang yang berjimat, dia turut membeli segala pakaian dan minyak wangi secara tunai berbanding kebanyakan artis yang menggunakan kad kredit.

2. Celine Dion

February tahun lalu, Celine Dion memperoleh hak tuntutannya di kediaman Las Vegas setelah kematian suaminya. Beliau kemudiannya tekah membuat persembahan di Istana Caeser sebanyak 70 kali setahun dan memperoleh $27 million pada tahun lepas.

3. Mariah Carey

Vokalnya sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Penyanyi ini sudah menjual lebih dari 200 juta album di seluruh dunia. Malah ketika menjadi juri American Idol, beliau dibayar sebanyak 18 juta. Dan secara keseluruhan beliau memperoleh hampir $536.

4. Beyonce

Ratu Pop dunia ini sememamngya mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia hiburan. Lihat saja muzik video nya pelbagai kreativiti terserlah. Selain bergelar penyanyi, Beyonce juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya disamping turut mempunyai jenama minyak wangi sendiri. Pendapatannya kini adalah $535 million.

5. Dolly Parton

Dolly Parton is truly a living legend! Siapa yang gemarkan muzik country pasti akan mengenali beliau. Dengan tujuh anugerah academy, dan 8 anugerah Grammies, Dolly antara yang paling berjaya! Penyanyi ini meraikan kejayaannya dengan memperoleh $450 juta.

Sumber:Media Ohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *