Berhenti Dunia Hollywood, Angelina Jolie Ada Impian Baru

Semangat baru untuk bekas isteri Brad Pitt ini. Angelina Joliedilaporkan mengambil keputusan untuk berhenti dari dunia Hollywood yang telah membesarkan namanya. Dia dikhabarkan memiliki impian baru untuk bergelar ahli politik.

Dipetik melalui GosipCop, Selasa (13/2/2018), berita ini melaporkan bahawa Angelina Jolie sudah bosan dengan dunia Hollywood. Dia sangat bersemangat untuk membela hak rakyat, perang dan keadilan, serta mengharapkan akan membawa banyak perubahan jika berada di dunia politik.

Ingin Jadi Presiden Amerika Syarikat?

Gantikan Donald Trump? Tak mustahil kan? Angelina Jolie juga dikhabarkan menanam cita-cita untuk mendapat tempat sebagai Presiden Amerika Syarikat suatu hari nanti. Angelina Jolie juga berharap menjadi wanita pertama di Rumah Putih.

Hingga kini, khabar tersebut masih menjadi kabur. Belum ada pengesahan dari Angelina Jolie.

Sudah Lama Diketahui

Khabar Angelina Jolie ingin terjun ke dunia politik telah lama beredar, tahun 2009 dan 2014. Ternyata Angelina Jolie masih wujud di industri Hollywood.

Tak hanya sebagai artis, Angelina Jolie juga sibuk sebagai pengarah. Saat ini, Angelina Jolie juga sibuk dalam bidang kemanusiaan, menyokong beberapa acara amal untuk anak-anak.

Sumber GosipCop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *