“WALAUPUN SUMBING TETAP COMEL”- PEMINAT GEMBIRA LAN SOLO KONGSI WAJAH ANAKNYA

Penyanyi Lan Solo mendapat pujian peminat selepas mendedahkan wajah anak keempatnya, Nur Amna.

Lan berkongsi foto bayi perempuan itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Selain Lan, isterinya Nur Sheila Hassim juga berkongsi foto Nur Amna menerusi platfom yang sama.

“Assalamualaikum. Saya dah nak discaj hari ini. Daddy ckp nama penuh saya lepas daftar baru daddy share sebab mommy belum decide lagi ejaan nama belakang saya.

“Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dari dalam perut mommy sampailah saya wujud hari ini.

“Walaupun saya keluar dua minggu awal, saya harap semua dpt terus mendoakan kesihatan sy tau. AM I CUTE..???” tulisnya.

Kapsyen itu mendapat respon daripada peminat yang memuji kecomelan anak pasangan itu.

Malah mereka juga mengatakan Nur Amna yang mengalami cleft lip atau sumbing itu merupakan anak pembawa tuah.

Selain itu, ruangan komen IG pasangan itu juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.


Foto: Instagram @lansolo / @sheilarazlan via gempak

(24 Feb) Lan Solo timang anak keempat
Lan Solo timang anak keempat
Lan Solo bersama isteri dan bayi keempat mereka.

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Lan Solo kerana telah dikurniakan seorang bayi perempuan pagi tadi.

Anak keempat pasangan Lan, Sheila ini telah dilahirkan pada jam 4.10 pagi dengan berat 2.5 kg.

“Alhamdullillah isteri, anak keduanya sihat walafiat. InsyaALLAH, akan keluar hospital esok.

“Walaupun dijangma lahir bulan Mac tapi alhamdulillah keluar awal,” ujar Lan kepada Sinar Harian.

Lan yang dalam perjalanan ke airport untuk menjayakan show di Sabah turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anaknya.

Bulan ini meriah dengan kelahiran bayi anak artis. Antaranya Nora Danish, Norzizi Zulkifli, Dahlia Shazwan, Fazreen Rafi dan juga  Linda Onn

Sumber – sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *