Sridevi Mati Kerana Lemas Dalam Tab Mandi, Bukan Sakit Jantung

Berita kematian bintang popular Bollywood, Sridevi Kapoor, baru – baru ini ternyata memberi impak serta menyebabkan seluruh India diselubungi kesedihan. Malah Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menzahirkan rasa dukacita kematian pelakon yang berusia 54 tahun itu di Twitter nya.

Kematian Bukan Kerana Sakit Jantung

Laporan awal media negara itu memberitahu bahawa pelakon itu meninggal kerana serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudara lelakinya di Dubai. Namun begitu, laporan terkini mendakwa Sridevi lemas dalam tab mandi dalam apartmen hotel sebelum tidak sedarkan diri.

Mayat Diawetkan

Dalam perkembangan lain, mayat pelakon yang memenangi pelbagai anugerah itu telah pun diawet dan akan dihantar bagi teruskan siasatan bagi merungkai misteri kematiannya.

Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, suaminya yang juga pengarah, Boney Kapoor dan anak perempuan, Kushi, berada di sisi dan masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan.

Sumber  :Independent UK 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *