Komen bawa padah

KUALA TERENGGANU: Berang kerana dikecam di media sosial, seorang wanita berpakat dengan enam rakannya menculik remaja perempuan yang dipercayai menulis kecaman itu, semalam.

Remaja berusia 19 tahun itu yang dilarikan jam 12.30 tengah malam di Jalan Kamarudin di sini, turut dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Teratak Batu, Marang, kira-kira 20 kilometer dari tempat dia diculik.

Berikutan kejadian itu, polis menahan wanita terbabit yang berusia 26 dan enam rakannya bagi membantu siasatan.

Rabu, 28 Februari 2018 | 3:06pm

TUJUH individu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu untuk permohonan tahanan reman atas kesalahan menculik seorang remaja perempuan berusia 19 tahun. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Komen bawa padah

KUALA TERENGGANU: Berang kerana dikecam di media sosial, seorang wanita berpakat dengan enam rakannya menculik remaja perempuan yang dipercayai menulis kecaman itu, semalam.

Remaja berusia 19 tahun itu yang dilarikan jam 12.30 tengah malam di Jalan Kamarudin di sini, turut dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Teratak Batu, Marang, kira-kira 20 kilometer dari tempat dia diculik.

Berikutan kejadian itu, polis menahan wanita terbabit yang berusia 26 dan enam rakannya bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman, berkata sebelum kejadian itu, mangsa bersama tiga rakannya yang menaiki Perodua Axia, dipintas dan dihadang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina.

Katanya, dua wanita kemudian keluar dari kenderaan itu dan menarik mangsa keluar sehingga terjatuh di atas jalan.

Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam MPV terbabit sebelum seorang daripada suspek menutup muka dan mengikat tangan serta kakinya.

Mangsa turut dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

“Remaja itu yang diselamatkan orang awam, kemudiannya membuat laporan polis. Susulan laporan itu, polis berjaya mengesan dan menahan dua suspek wanita yang kedua-duanya berusia 26 tahun di daerah ini, petang semalam.

“Siasatan mendapati motif kejadian disebabkan suspek utama yang dikenali sebagai ‘Ailin’ bengang kerana dikecam mangsa di Facebook.

“Hasil soal siasat juga membawa kepada penahanan lima lagi rakan suspek,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.

Hari ini, ketujuh-tujuh suspek yang berusia antara 18 hingga 26 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu Wan Aziantie Wan Ab Kari @ Isa.

Sumber:BeritaHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *