” Bagi saya dia kayu yang bernilai tinggi” – Pengarah Haji Zeel Menangis Terkesan Dengan Lakonan Hebat Fattah Amin Dalam KL Special Force

Pengarah dan penerbit Zeel Production iaitu Fadzil Teh mengakui tersentuh apabila menonton filem KL Special Force lakonan terbaharu Fattah Amin.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel menjelaskan dia terkejut dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Fattah dalam membawa watak sebagai anggota polis.”Saya menangis bukan sebab Liza Dollah bukan jugak sebab Rosyam Noor atau Syamsul Yusof.

“Saya menangis sebab bangkitnya Fattah Amin sebagai hero baru filem melayu.

“Dia kayu yang dikatakan ramai insan seni jugak tapi bagi saya dia kayu yang bernilai tinggi.

“Tahniah Fattah Amin lakonan hebat yang memberi impak besar dalam filem KL Special Force,” tulisnya.

 

Rata-rata pengikut Fadzil Teh bersetuju dan mereka turut memuji lakonan Fattah Amin yang dianggap semakin berkualiti berbanding dahulu.

Selain Fattah Amin, filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang

Sumber : gempak.com

Sebelum itu, Fattah pernah menjadi krew skop production sblm bergelar pelakon popular. Baca artikel selanjutnya

Pelakon Fattah Amin, mengakui bersyukur apabila impiannya menjadi kenyataan selepas diberi peluang untuk berlakon di bawah produksi Skop Production.

 

Menurut Fattah, permulaan kariernya dalam industri bermula sebagai krew produksi Skop Production sewaktu pembikinan filem pertama Syafiq Yusof, Saya Amat Mencintaimu (SAM).

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon buat pertama kali dalam filem kerana sebelum ini saya hanya bekerja di belakang tabir produksi terbabit sebagai krew untuk menyiapkan prop.

 

“Sewaktu itu saya pernah beritahu Syafiq, bahawa tujuan saya menyertai Skop adalah untuk menjadi pelakon dan bukannya nak jadi krew.

“Perkara itu membuatkan Syafiq terkejut dan dia cuma ketawa dengan kenyataan yang diberikan oleh saya itu.

“Sekarang ini saya bersyukur telah impian itu menjadi kenyataan kerana kita tak pernah tahu rezeki Allah itu sebenarnya luas,” katanya kepada Astro Gempak.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Fattah, filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

 

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force yang akan menemui penonton di pawagam pada 8 Mac depan.

Sumber : gempak.com Via Kisah Benar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *