Janna Nick Mohon Maaf Pakai Seluar Terlalu Ketat Di Melodi

Aktress kesayangan ramai, Janna Nick telah diumumkan menjadi pengacara baru bagi segmen Melodi yang ditayangkan pada setiap hujung minggu melalui saluran TV3. Dia muncul dengan mengenakan seluar yang sedikit sendat bagi mengacarakan segmen tersebut pada ahad lalu. Kesannya, dia dikecam hebat oleh segelintir peminat namun tidak kurang juga yang menasihatinya agar tidak berpakaian mencolok mata selepas ini.

Terbaru, Janna Nick memuatnaik dua video melalui instastoriesnya bagi menjelaskan perkara tersebut dan memohon maaf kepada peminat.

‘Kami dah kata kami tak boleh pakai seluar skinny..’

Video Player

00:00
00:00

Dia meminta pembantu peribadinya untuk menjelaskan perkara tersebut. Janna Nick mengakui bahawa dia tidak boleh memakai seluar skinny tersebut dan telah memilih seluar lain yang lebih sopan. Namun pembantunya tenang menjawab bahawa seluar skinnytersebut lebih berpadanan dengan penampilannya pada waktu itu.

‘Saya terima teguran semua..’

Video Player

00:00
00:00

Bagaimanapun, Janna Nick mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada semua peminat. Dia juga akan mencuba untuk mengelakkan pemakaian sebegitu dikemudian hari. Apa-apa pun admin pasti Janna Nick akan lebih berhati-hati selepas ini dan mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku.

Credit: Janna Nick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *