[VIDEO] “Buat Surprise Harijadi Wawa Sempena Ulang Tahun Ke-40!” – Kapsyen Aeril Zafrel Buat Isteri Tak Tidur Malam, Lawak Habis!

Kemesraan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak dapat dinafikan, apatah lagi kedua sering bergurau senda di laman Instagram.

Terbaru Aeril dalam laman Instagramnya telah memuat naik rakaman dia dan beberapa rakan menyambut hari jadi isterinya pada 12 Mac yang lalu.

Namun rakaman berkenaan yang disertakan dengan kapsyen “Buat suprise harijadi kat @w4w4_zainal sempena ulang tahun yang ke 40 dia” mengundang tawa netizen.

Mana tidaknya, takkanlah kak Wawa yang comel dan cantik itu berusia 40 tahun bukan?

Sebenarnya Wawa baru sahaja mencecah umur 27 tahun pada tahun ini!

Video berkenaan mendapat hampir 450 tontonan sejak dimuat naik 15 jam lalu.

Lucunya, Wawa dalam laman Instagramnya turut bergurau bahawa dia tidak boleh tidur selepas membaca kapsyen hari jadi suaminya itu! Lawak habis!

Aeril dan Wawa bernikah pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Sumber Instagram Aeril Zafrel

Kredit: Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *